Rabu, 21 Disember 2011

Tambatan Matawang Ringgit Semasa Krisis Ekonomi 1998


Artikel di bawah merupakan salah satu assignment yang pernah diberi oleh pensyarah saya. Rasa ingin berkongsi dengan anda semua tentang tajuk di atas terutama bagi yang tidak pernah tahu tentang isu ini. Jika ada kesalahan fakta mohon diberi ulasan di bawah yer..

Mengapakah kerajaan melaksanakan Tambatan Ringgit (1USD=RM 3.80) semasa krisis ekonomi 1997-98?

  • Tujuan kerajaan berbuat demikian adalah untuk menstabilkan mata wang itu dan mengurangkan risiko ringgit terus dimanipulasikan di pasaran terbuka dan juga mengawal pemilikan asing ke atas matawang Ringgit.
  • Secara ringkasnya, apabila tambatan ringgit dilaksanakan, sebagai contoh USD1 = RM3.80, peniaga yang menjalankan aktiviti eksport lebih untung kerana berjaya membawa masuk lebih USD ke dalam pasaran Malaysia, manakala peniaga yang menjalankan perniagaan berasaskan bahan import mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan lebih banyak Ringgit Malaysia ke luar negara. 
  • Selain itu kerajaan juga telah menghadkan pengaliran keluar Ringgit Malaysia keluar dari negara dengan kaedah mengawal pengaliran keluar matawang Ringgit Malaysia keluar dari pintu sempadan Malaysia.
  •  Langkah-langkah kawalan tersebut yang antara lain mengehadkan seseorang pemastautin membawa keluar ringgit melebihi RM10,000. Sementara bagi bukan pemastautin pula dihadkan membawa hanya RM1,000 sahaja ketika masuk-keluar negara ini.
  • Kerajaann menghendaki mereka yang menyimpan ringgit di luar negara membawa balik wang itu sebelum 1 oktober 1998. Selepas tempoh itu matawang ringgit Malaysia yang berada di luar negara adalah tidak sah.
  • Manakala wang kertas yang bernilai dari RM1,000 dan RM500 dimansuhkan bagi mengelakkan orang ramai membawa nilai itu keluar masuk dari negara ini tanpa kawalan.
  •  Melalui langkah kawalan itu, kadar faedah akan turun dengan sendiri kerana jumlah mata wang dalam negara bertambah. Ini akan menggalakkan  pertumbuhan lebih banyak perniagaan termasuk dari kalangan pelabur luar di samping membantu syarikat-syarikat sedia ada terus beroperasi.
  •  Apabila urusan import barangan daripada luar negara berkurangan, ini akan menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja di dalam negara dan membeli produk tempatan. Ini akan membantu sektor ekonomi tempatan berkembang semula.
  •  Ini juga akan menggalakkan pelaburan daripada luar. Misalnya pengeluar kereta daripada luar negara tidak lagi mengimport kereta mereka masuk ke dalam negara sebaliknya mereka hanya mengimport bahagian kereta dan melakukan pemasangan tempatan bagi mengurangkan kos import.


2 ulasan: