Ahad, 18 Disember 2011

Chef Luqman -> Jemput - jemput kentang


Resepi yang saya ingin kongsikan adalah cara-cara membuat jemput-jemput. Ia merupakan makanan santai yang mudah untuk dibuat dan sedap dimakan semasa sarapan pagi atau minum petang. Lagi-lagi dicecah dengan dengan sos atau sambal kicap.

sumber gambar : google images

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan)
  • 2 cawan tepung gandum (ikut suka mengikut berapa orang nak makan)
  • Air suam (jangan guna air panas, nanti jemput-jemput berminyak dan xsedap)
  • Sebiji telur - nak sedap bubuh lagi banyak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Beberapa batang daun bawang
  • 2 biji kentang yang dihiris dan dipotong kecil dan petak
  • 1/2 bawang besar dihiris halus
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Mula – mula campurkan tepung dengan telur. 
  2. Kemudian campur dengan air. Air dicampur mengikut berapa banyak tepung yang diguna. Jangan terlalu cair yer..Kalau cair tambah tepung. 
  3. Campur semua bahan-bahan di atas dalam bancuhan tepung tadi. Garam dicampur ikut lidah masing-masing. Kalau saya suka masin sedikit.
  4. Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit-sikit campuran tadi dengan sudu atau tangan dan masukkan dalam minyak panas.
  5. Goreng sehingga kuning. dimakan
  6. Tus dari minyak. Sudah sedia untuk dimakan. Cecah dengan sos memang sedap

Sekian sahaja resepi dari saya. Selamat mencuba dan selamat makan.

1 ulasan: