Jumaat, 16 Disember 2011

Gambar studio Proton Exora Bold Dan Prime


Berikut adalah gambar studio yang telah dikeluarkan oleh pihak proton sempena pelancaran proton exora turbo hari ini. Sebelum ini kita semua telah didedahkan oleh gambar spyshot exora turbo. Proton Exora Bold dan Prime telah menerima bukan sahaja perubahan luaran, malahan dari segi kuasa, mengekalkan ciri-ciri sebuah mpv mampu milik bersesuaian dengan tagline baru iaitu "More power, More style, Space is a bonus". 



Proton Exora Bold Exterior




Proton Exora Bold Interior






Proton Exora Prime Exterior



Proton Exora Prime Interior





Ciri-ciri terbaharu yang terdapat pada kedua-dua varian:
  1. Enjin baru Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) 1.6 Liter. 138hp, 205Nm tork maksimum pada 2000-4000 rpm. Terdapat pada varian Bold Premium dan Prime sahaja.
  2. Transmisi gear CVT
  3. Kemasan terbaru exterior dan interior
  4. Exora Bold juga terdapat varian yang mengekalkan enjin lama CPS dengan transmisi automatik dan manual selain varian standard (transmisi manual)
  5. Exora Prime merupakan versi istimewa kerana hanya mempunyai 6 tempat duduk(captain seat pada baris kedua dan dilengkapi pemain dvd)
Akhir sekali, Proton telah mengeluarkan secara rasmi harga tentatif iaitu bagi varian M/T Standard 1.6 RM 59,998, M/T Bold Executive RM70,998, A/T Bold Executive RM 74,998 dan CVT Bold 1.6 Premium RM 79,998. Exora Prime dijual pada harga RM88,998.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan