Jumaat, 16 Disember 2011

Kenapa Saya Harus Mengarang Blog dan Berblog

Assalamualaikum

Tentu anda tertanya-tanya kenapa saya memilih topik di atas bukan? Bagi sesiapa yang baru melawati blog saya tentu rasa blog saya ini masih nampak baru. Sebelum ini saya sebenarnya sudah 'berblogging' hampir 3 tahun tetapi merasakan saya memerlukan sedikit perubahan dengan corak penulisan saya. Tidak salahkan kalau hendak berubah dari sekarang

Berblog kerana kisah peribadi?

Masa saya mula-mula menulis blog, saya hanya menulis berkisahkan tentang kisah peribadi saya, kadang-kadang saya selitkan dengan isu-isu semasa atau pendapat saya tentang sesuatu perkara. Untuk menulis kisah peribadi sepenuhnya mungkin tidaklah sebab saya bukan artis popular untuk dikongsi kisah peribadi kepada umum. Cukuplah saya kongsikan kisah peribadi saya di laman sosial seperti facebook atau twitter. 


Dari segi bahasa, kebanyakan blog peribadi yang saya jumpa bahasa boleh dikatakan agak berterabur, diselitkan dengan bahasa 'rojak' Melayu + English. Kalau rojak boleh difaham tidak kisah, tetapi bahasa ringkasan atau bahasa ''sms'' yang membuatkan saya sendiri pening hendak baca. Selepas ini saya cuba kekalkan rentak gaya penulisan blog saya. Ada pendapat mengatakan kita patut menulis ikut suka sendiri, tetapi kalau hendak bagi orang faham kita hendaklah menggunakan bahasa yang betul. Bukan seperti bahasa budak-budak sekolah sekarang, sangat sukar untuk difahami kerana terlalu ringkas sangat. Kesian pada pakcik makcik yang lambat mempelajari bahasa ''sms'' budak-budak zaman sekarang. Contohnya seperti di bawah:

hey budax !koe pkir akuu nux at koe toe !huh !tlng lha !akuu tk ingn ngn koe lgy twu, .koe tk pyh lha nux trhegeh-2 at akuu lgy !akuu daa tk prlu kte-2 cnte koe ngn syg koe lgy f.a.h.a.m !!akuu daa tk prlu koe lgy. .akuu nux bebs dry koe. .koe toe twu nux mnyusah un idop akuu !huh !akuu mnyesal knal ngn koe dan akuu lgy mnyesal pnah cnte n syg at koe !

Peningkan nak baca? haha..

Berblog kerana hendak cari kawan?

Disebabkan kita menggunakan medium internet sebagai penghubung utama dalam berblog, maka senanglah kita untuk mencari kawan-kawan. Tidak kisahlah kawan yang kita kenal ataupun kawan baru. Fungsi 'follower' atau  pengikut boleh dikatakan releven semasa saya mula-mula menulis blog dahulu. Saya sendiri berhubung dengan kawan-kawan saya yang belajar jauh di perantauan menerusi blog. Tetapi sekarang kebanyakan blogger baru menggunakan fungsi follower untuk menambah trafik ke blog mereka sahaja. Mereka hanya akan berkunjung ke sesebuah blog hanya sekali untuk ''follow'' tetapi selepas itu tidak ''follow up'' balik blog yang sudah diikuti. Sekarang fungsi follower sudahpun dikurangkan oleh google dengan kewujudan laman sosial terbaru, google+. Saya sendiri mempunyai akaun google+ tetapi tidak berapa aktif kerana di Malaysia google+ masih tidak popular. Ramai masih menggunakan facebook untuk bersosial di internet. Mungkin pada masa akan datang saya boleh kupaskan tentang kelebihan dan kekurangan facebook dan google+

Berblog kerana hendak cari duit?

Semua orang hendak duit bukan? Tetapi bukan mudah untuk mendapatkan duit tanpa usaha yang gigih. Menerusi blog kita boleh membuat bisnes online. Jual barang menerusi internet mudah dan menjimatkan masa. Tetapi bila melakukan urusniaga menerusi internet mempunyai pro dan kontranya sendiri. Selamat ke tidak urusniaga yang telah dijalankan. Bolehkah bisnes kita berkembang menerusi blog? Menerusi blog kita dapat menerangkan tentang kelebihan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Selain itu kita boleh meletakkan iklan di blog kita sebagai pendapatan sampingan. Medium pengiklanan seperti nuffnang dan advertlets popular di kalangan blogger. Adalah sesuatu yang merugikan jika blog yang mempunyai  trafik yang tinggi tetapi tidak diletakkan iklan. Ada juga blog yang saya jumpa hanya banyak iklan tetapi pengisiannya amat kurang atau tiada. Bagi saya blog yang menarik adalah blog yang mempunyai penulisan yang mantap disamping iklan yang minimum. Disamping kita mudah menyampaikan penulisan kita kepada pembaca blog, iklan yang kita siarkan secara minimum dapat dipromosikan dengan semaksimumnya. Blogger seperti saya sangat tidak selesa untuk membuka sesuatu blog yang banyak sangat iklan.

Berblog kerana berkongsi idea, minat dan pengalaman?

Kalau ditanya pada sesiapa yang berblog, tentu mereka termasuk saya berkata untuk berkongsi pengalaman. Kalau blog seorang jurugambar tentu dipenuhi dengan gambar-gambar yang menarik dan cantik. Kalau blog pelajar seperti saya, mungkin dipenuhi dengan penulisan yang perlu diperbaiki lagi, maklumlah, kan saya masih belajar lagi. Kadang-kadang kita dapat kepuasan apabila berkongsi idea dengan pengunjung blog kita,  walaupun apa yang ditulis bukan 100 peratus datang daripada penulis blog sendiri.

Cukuplah setakat ini sahaja penulisan saya. Mana yang kurang komen lah ya..saya kongsikan gambar saya ketika menunggang moto sambil mengambil selekoh di Kuala Klawang Negeri Sembilan tahun lepas.






1 ulasan: