Isnin, 20 Ogos 2012

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin


Khamis, 16 Februari 2012

Kata - kata untuk hari ini

Tiada jalan mudah untuk berjaya, tetapi jika ada jalan yang lebih mudah, kenapa hendak susahkan diri buat benda yang susah untuk berjaya? "



Sabtu, 21 Januari 2012

S.O.P.A Dan P.I.P.A . bakal menggelapkan dunia internet US/Dunia


Salah satu perbincangan yang menjadi semakin hangat akhir-akhir ini adalah berkenaan dengan SOPA, dan bukan sahaja hangat dibincangkan di Amerika Syarikat sahaja, malah media seluruh dunia. Melaluinya, ia bukan hanya memberi kesan kepada cetak rompak, tetapi kepada internet secara menyeluruh.

Apakah Itu SOPA
Semestinya salah satu persoalan yang tertanya oleh semua orang adalah apakah itu SOPA. SOPA merupakan singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dimana sedang diperbincangkan oleh pihak Amerika Syarikat.
Secara kasarnya ia merupakan salah satu cara untuk mengurangkan masalah cetak rompak melalui internet, namun ia memberi kesan yang lebih daripadanya, dan seperti tidak begitu adil untuk semua penyedia perkhidmatan berasaskan internet.

Kesan SOPA Kepada Pembangun Dan Pengguna Malaysia
Memandangkan kebanyakkan perkhidmatan terutamanya penyedia perkhidmatan nama domain (.com, .net. dan .org) adalah berpengkalan di Amerika Syarikat, maka perkhidmatan ini memberikan kesan menyeluruh, termasuk kepada para pengguna dan pembangun di Malaysia.

Walaupun cetak rompak merupakan salah satu perkara yang dihalang di semua negara, mahupun agama, mengawalnya masih lagi suatu perkara yang sukar. Apatah lagi dengan kebanyakkan perkhidmatan berasaskan web sekarang, seperti YouTube, Facebook dan sebagainya menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna, maka mengawalnya mungkin sesuatu yang sukar. Dengan pengenalan SOPA, ia semestinya akan memberikan kesan yang menyeluruh kepada perkhidmatan seumpama ini, dan memberikan kesan kepada penggunannya di seluruh negara, termasuk Malaysia.

Selain daripada itu, memandangkan oleh hanya salah satu kandungan yang bertentangan dengan hak cipta, dibawah akta ini, ia akan menjadikan keseluruhan nama domain tersebut dihalang, dan memberikan efek yang besar.

Siapakah Yang Membantahnya?
Buat masa ini, kebanyakkan syarikat berasaskan internet membantah perkara ini, termasuk Google, Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay, AOL, Creative Commons, dan banyak lagi.

Namun masih ada yang menyokongnya, dan salah satu syarikat yang menyokongnya adalah GoDaddy (GoDaddy telah menarik balik sokongan selepas ramai pengguna mereka keluar dan beralih ke perkhidmatan lain).

Jadi, Apakah Seterusnya?
SOPA masih lagi pada peringkat pendengaran buat masa ini, dan pendengaran seterusnya bakal diadakan pada bulan Januari kelak. Dan semakin hari, semakin banyak syarikat membantah cadangan tersebut, dan ada juga yang menyokongnya.

Walaupun ia masih tidak diketahui kesannya, tahun hadapan akan menjadi antara tahun yang hangat membincangkan mengenai akta-akta berkaitan internet, termasuk di Malaysia sendiri yang membincangkan mengenai Akta Badan Perkomputeran Professional.

CC.Amanz.my

Update terbaru

MegaUpload - Closed.
FileServe - Closing does not sell premium.
FileJungle - Deleting files. Locked in the U.S..
UploadStation - Locked in the U.S..
FileSonic - the news is arbitrary (under FBI investigation).
VideoBB - Closed! would disappear soon.
Uploaded - Banned U.S. and the FBI went after the owners who are gone.
FilePost - Deleting all material (so will leave executables, pdfs, txts)
Videoz - closed and locked in the countries affiliated with the USA.
4shared - Deleting files with copyright and waits in line at the FBI.
MediaFire - Called to testify in the next 90 days and it will open doors pro FBI
Org torrent - could vanish with everything within 30 days "he is under criminal investigation"
Network Share mIRC - awaiting the decision of the case to continue or terminate Torrente everything.
Koshiki - operating 100% Japan will not join the SOUP / PIPA
Shienko Box - 100% working china / korea will not join the SOUP / PIPA
ShareX BR - group UOL / BOL / iG say they will join the SOUP / PIPA

Japan, China and Korea have a say NO to the FBI and that even if laws are passed in the USA will not have any value within the sovereignty of their countries!

Khamis, 5 Januari 2012

Token Biru Rapid KL Memudahkan atau menyusahkan?


Baru - baru ini saya telah membuat kunjungan singkat ke kotaraya Kuala Lumpur. Seperti biasa apabila menjejakkan kaki ke KL Sentral, saya senang menggunakan perkidmatan LRT untuk menuju ke mana-mana destinasi sekitar KL. Bagi mereka yang biasa yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT, tentu menyedari yang sekarang LRT telah menggunakan token biru bagi menggantikan sistem tiket lama. Bagi sesiapa yang tidak tahu bagaimana rupa token tersebut, gambarnya adalah seperti di bawah:



Apa yang saya faham, sistem token ini digunakan untuk menggantikan sistem sebelum ini yang menggunakan tiket dikatakan memakan kos. Sebab jalur magnetik pada permukaan tiket sebelum ini mudah rosak dan pihak Rapid KL terpaksa mencetak tiket berulang kali kalau rosak. Dengan itu kos operasi LRT Rapid KL dapat dijimatkan.

Token biru adalah token dengan kadar tambang pada harga biasa manakala token merah adalah token khas untuk mereka yang bergelar warga emas/ OKU dll dengan kadar diskaun tertentu. Token - token ini boleh dibeli dengan menggunakan mesin layan diri / vending machine yang telah disediakan. 

Bagi saya mungkin disebabkan sistem ini masih baru, maka ia terdapat beberapa kelemahan tersendiri. Token hanya boleh dibeli di vending machine. Token hanya boleh dibeli di kaunter jika terdapat kes-kes tertentu sahaja. Selain itu, saya yang pertama kali menggunakan vending machine untuk membeli token, sedikit terkial-kial untuk menggunakan mesin tersebut. Mungkin saya tidak biasa menggunakan paparan skrin sesentuh, menyebabkan saya sukar untuk mencari destinasi yang ingin saya tujui. Paling menyakitkan hati, apabila tiba masa hendak memasukkan duit ke dalam mesin. Duit yang dimasukkan tidak diterima dan terpaksa dimasukkan berulang kali. Untuk pertama kali saya menggunakan mesin tersebut ia mengambil masa dekat 2 3 minit baru dapat membeli token. Diharap mesin layan diri yang disediakan dapat diperbaiki tahap kecekapan menerima wang yang dimasukkan.

Dari segi bentuk dan saiz token ia menyerupai duit syiling RM1 yang lama dahulu. Bagi mengelakkan ia hilang, saya masukkan di dalam dompet semasa dalam perjalanan. Kalau dahulu, saya lebih selesa pegang tiket. Kalau jatuh pun senang untuk dicari. Kalau token biru itu terjatuh, memang susahlah nak cari dengan saiz yang kecil. Kalau dah hilang faham2 aje lah kita akan didenda sebab menghilangkannya.

Kalau mereka yang merasakan sistem token ini susah, gunakan kad touch n go. Senang tidak perlu beratur untuk membeli token. Itu sahaja komen saya tentang sistem token terbaharu untuk sistem LRT di Kuala Lumpur. Saya berharap dengan pengenalan sistem baru ini, tahap kecekapan pengangkutan awam dapat dipertingkatkan lagi.

Ahad, 1 Januari 2012

@)!@

"Selamat Tahun Baru 2012"



Image from google search engine

Disini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung blog saya. Diharapkan agar kedatangan tahun baru ini memberi semangat atau azam baru kepada diri kita semua untuk berjaya di dalam hidup. 

Disamping itu, janganlah kita bergairah menyambut tahun baru sehingga melupakan batas-batas dan tatasusila kita sebagai orang Islam. 

Saya tertarik dengan sambutan tahun baru seperti dalam keratan akbar sinar harian di atas. Disambut dengan penuh kesyukuran. Diisi dengan program ilmu dan keagamaan. 

Bukan dengan sambutan berbentuk hiburan seperti konsert artis, pertunjukan bunga api. Sudahlah membazir, malah menggalakkan maksiat. 

Mungkin suara kecil saya ini tidak didengari oleh orang di atas, tetapi saya berharap agar suatu hari nanti segalanya akan berubah. Anak-anak muda sekarang dahagakan kehidupan yang harmoni, yang sederhana tetapi sempurna.

Diharapkan kedatangan tahun baru memberikan sinar baharu dalam kehidupan kita insyaallah..