Khamis, 5 Januari 2012

Token Biru Rapid KL Memudahkan atau menyusahkan?


Baru - baru ini saya telah membuat kunjungan singkat ke kotaraya Kuala Lumpur. Seperti biasa apabila menjejakkan kaki ke KL Sentral, saya senang menggunakan perkidmatan LRT untuk menuju ke mana-mana destinasi sekitar KL. Bagi mereka yang biasa yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT, tentu menyedari yang sekarang LRT telah menggunakan token biru bagi menggantikan sistem tiket lama. Bagi sesiapa yang tidak tahu bagaimana rupa token tersebut, gambarnya adalah seperti di bawah:



Apa yang saya faham, sistem token ini digunakan untuk menggantikan sistem sebelum ini yang menggunakan tiket dikatakan memakan kos. Sebab jalur magnetik pada permukaan tiket sebelum ini mudah rosak dan pihak Rapid KL terpaksa mencetak tiket berulang kali kalau rosak. Dengan itu kos operasi LRT Rapid KL dapat dijimatkan.

Token biru adalah token dengan kadar tambang pada harga biasa manakala token merah adalah token khas untuk mereka yang bergelar warga emas/ OKU dll dengan kadar diskaun tertentu. Token - token ini boleh dibeli dengan menggunakan mesin layan diri / vending machine yang telah disediakan. 

Bagi saya mungkin disebabkan sistem ini masih baru, maka ia terdapat beberapa kelemahan tersendiri. Token hanya boleh dibeli di vending machine. Token hanya boleh dibeli di kaunter jika terdapat kes-kes tertentu sahaja. Selain itu, saya yang pertama kali menggunakan vending machine untuk membeli token, sedikit terkial-kial untuk menggunakan mesin tersebut. Mungkin saya tidak biasa menggunakan paparan skrin sesentuh, menyebabkan saya sukar untuk mencari destinasi yang ingin saya tujui. Paling menyakitkan hati, apabila tiba masa hendak memasukkan duit ke dalam mesin. Duit yang dimasukkan tidak diterima dan terpaksa dimasukkan berulang kali. Untuk pertama kali saya menggunakan mesin tersebut ia mengambil masa dekat 2 3 minit baru dapat membeli token. Diharap mesin layan diri yang disediakan dapat diperbaiki tahap kecekapan menerima wang yang dimasukkan.

Dari segi bentuk dan saiz token ia menyerupai duit syiling RM1 yang lama dahulu. Bagi mengelakkan ia hilang, saya masukkan di dalam dompet semasa dalam perjalanan. Kalau dahulu, saya lebih selesa pegang tiket. Kalau jatuh pun senang untuk dicari. Kalau token biru itu terjatuh, memang susahlah nak cari dengan saiz yang kecil. Kalau dah hilang faham2 aje lah kita akan didenda sebab menghilangkannya.

Kalau mereka yang merasakan sistem token ini susah, gunakan kad touch n go. Senang tidak perlu beratur untuk membeli token. Itu sahaja komen saya tentang sistem token terbaharu untuk sistem LRT di Kuala Lumpur. Saya berharap dengan pengenalan sistem baru ini, tahap kecekapan pengangkutan awam dapat dipertingkatkan lagi.

2 ulasan:

  1. pergh lama betul tak naik bas..last time masih guna tiket yg boleh guna pegi balik tu.. : Jom Singgah blog saya

    BalasPadam
  2. atas cerita tentang token naik LRT cik akak..saya xpernah naik bus Rapid KL lagi..hehe

    BalasPadam