Isnin, 26 Disember 2011

Jenis bentuk badan kereta @ Body Style

Tentu anda selalu tengok kereta di jalanraya bukan? Kebanyakan didominasi oleh kereta keluaran nasional seperti Proton dan Perodua. Terdapat juga kereta import yang berjenama Honda, Toyota, Nissan dan banyak lagi untuk disenaraikan. Ada pelbagai jenis dan kegunaan yang selalu menjadi pilihan untuk kegunaan rakyat kita seperti kereta sedan, kompak dan juga MPV. Kalau di Sarawak dan Sabah kenderaan 4x4 menjadi pilihan utama penduduk di sana atas faktor geografi. Di sini saya menyenaraikan jenis-jenis bentuk badan@body style sesebuah kenderaan mengikut kegunaan sesuatu kenderaan. Tidak semua terdapat di Malaysia malahan ada yang saya sendiri tidak pernah jumpa. Antaranya ialah:

4x4 atau 4WD (four-by-four atau four-wheel-drive)
Kenderaan dengan drivetrain yang membolehkan kesemua empat tayar menerima kuasa daripada enjin secara serentak. Jika di Amerika disebut juga sebagai kenderaan ultiliti sukan (SUV). Sesuai digunakan untuk masuk hutan atau padang pasir.

Rabu, 21 Disember 2011

Tambatan Matawang Ringgit Semasa Krisis Ekonomi 1998


Artikel di bawah merupakan salah satu assignment yang pernah diberi oleh pensyarah saya. Rasa ingin berkongsi dengan anda semua tentang tajuk di atas terutama bagi yang tidak pernah tahu tentang isu ini. Jika ada kesalahan fakta mohon diberi ulasan di bawah yer..

Mengapakah kerajaan melaksanakan Tambatan Ringgit (1USD=RM 3.80) semasa krisis ekonomi 1997-98?

Isnin, 19 Disember 2011

Gambar Terkini Pemenang Proton VIP MakeOver 2 - Proton Wira 1994 telah siap

Pihak R3 Proton akhirnya telah berjaya menyiapkan kereta proton wira milik Sashideran yang menyertai peraduan Proton VIP Makeover 2. Berikut adalah beberapa keping gambar yang saya perolehi daripada facebook Proton Holdings. 
Warna Biru seakan warna biru Ford Focus, Bumper depan mengikut rekabentuk Proton Saga 1.6 Flx SE

Ahad, 18 Disember 2011

Chef Luqman -> Jemput - jemput kentang


Resepi yang saya ingin kongsikan adalah cara-cara membuat jemput-jemput. Ia merupakan makanan santai yang mudah untuk dibuat dan sedap dimakan semasa sarapan pagi atau minum petang. Lagi-lagi dicecah dengan dengan sos atau sambal kicap.

sumber gambar : google images

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan)
  • 2 cawan tepung gandum (ikut suka mengikut berapa orang nak makan)
  • Air suam (jangan guna air panas, nanti jemput-jemput berminyak dan xsedap)
  • Sebiji telur - nak sedap bubuh lagi banyak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Beberapa batang daun bawang
  • 2 biji kentang yang dihiris dan dipotong kecil dan petak
  • 1/2 bawang besar dihiris halus
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Mula – mula campurkan tepung dengan telur. 
  2. Kemudian campur dengan air. Air dicampur mengikut berapa banyak tepung yang diguna. Jangan terlalu cair yer..Kalau cair tambah tepung. 
  3. Campur semua bahan-bahan di atas dalam bancuhan tepung tadi. Garam dicampur ikut lidah masing-masing. Kalau saya suka masin sedikit.
  4. Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit-sikit campuran tadi dengan sudu atau tangan dan masukkan dalam minyak panas.
  5. Goreng sehingga kuning. dimakan
  6. Tus dari minyak. Sudah sedia untuk dimakan. Cecah dengan sos memang sedap

Sekian sahaja resepi dari saya. Selamat mencuba dan selamat makan.

Enjin Turbo: Bagaimana ia berfungsi




APAKAH ITU TURBO ATAU PENGECAS TURBO (TURBOCHARGER)

Pengecas turbo atau turbo, merupakan alat pemampat gas yang digunakan bagi tujuan pernafasan paksaan pada enjin pembakaran dalaman. Seperti juga pengecas lampau, tujuan utama pengecas turbo ialah bagi meningkatkan ketumpatan udara yang masuk ke dalam enjin untuk menghasilkan lebih kuasa. Walau bagaimanapun, pengecas turbo terdiri daripada pemampat yang digerakkan oleh turbin, yang juga digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri, dan bukannya secara pacuan mekanikal terus seperti mana pengecas lampau.

Jumaat, 16 Disember 2011

Gambar studio Proton Exora Bold Dan Prime


Berikut adalah gambar studio yang telah dikeluarkan oleh pihak proton sempena pelancaran proton exora turbo hari ini. Sebelum ini kita semua telah didedahkan oleh gambar spyshot exora turbo. Proton Exora Bold dan Prime telah menerima bukan sahaja perubahan luaran, malahan dari segi kuasa, mengekalkan ciri-ciri sebuah mpv mampu milik bersesuaian dengan tagline baru iaitu "More power, More style, Space is a bonus". 



Proton Exora Bold Exterior


Kenapa Saya Harus Mengarang Blog dan Berblog

Assalamualaikum

Tentu anda tertanya-tanya kenapa saya memilih topik di atas bukan? Bagi sesiapa yang baru melawati blog saya tentu rasa blog saya ini masih nampak baru. Sebelum ini saya sebenarnya sudah 'berblogging' hampir 3 tahun tetapi merasakan saya memerlukan sedikit perubahan dengan corak penulisan saya. Tidak salahkan kalau hendak berubah dari sekarang

Berblog kerana kisah peribadi?

Masa saya mula-mula menulis blog, saya hanya menulis berkisahkan tentang kisah peribadi saya, kadang-kadang saya selitkan dengan isu-isu semasa atau pendapat saya tentang sesuatu perkara. Untuk menulis kisah peribadi sepenuhnya mungkin tidaklah sebab saya bukan artis popular untuk dikongsi kisah peribadi kepada umum. Cukuplah saya kongsikan kisah peribadi saya di laman sosial seperti facebook atau twitter. 

Isnin, 12 Disember 2011

Kebaikan solat pada awal waktu


Sewaktu melayari internet terjumpa artikel ini. Rasanya baik untuk dikongsi kepada anda semua. Diharapkan boleh buat sesiapa yg baca berfikir..xsemestinya percaya bulat2...


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Ahad, 11 Disember 2011

Gambar terkini Proton Exora Turbo cfe



Menjelang pelancaran MPV Proton Exora versi turbo terbaru tidak lama lagi, beberapa keping foto telah didedahkan di beberapa laman blog automotif dan Facebook. Dua jenis varian dijangka akan dilancarkan iaitu Exora Bold dan versi mewah Exora Prime. Kedua-dua varian bakal dilengkapi dengan enjin turbo rekaan terbaru Proton iaitu 1.6 Liter Campro CFE(Charged Fuel Enhancement) dan dipasang dengan Transmisi gear CVT (Continuously Variable Transmision) atau transmisi manual. Tetapi tidak pasti kesemua varian akan dilengkapi dengan enjin turbo. Kita  sama-sama tunggu soft launch yang dijangka pada 16 Disember ini. Pelancaran rasmi mungkin pada Januari tahun depan.

Gerhana Bulan Penuh Harini (10/12/2011) Update

Berikut merupakan gambar-gambar gerhana bulan yang telah berlaku sebentar sahaja tadi. Sumber gambar daripada facebook Planetarium Negara Kuala Lumpur. Saya sempat menyaksikan dengan mata kasar saya sendiri daripada perlis cuma kamera yang saya ada tidak cukup 'power' untuk merakamkan kejadian alam semulajadi yang jarang2 berlaku ini. Saksikan gambar di bawah:

Klik untuk gambar yang besar:

 8.50 malam

Sabtu, 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh Harini (10/12/2011)






Pada hari ini dijangkakan akan berlakunya gerhana bulan penuh menurut sumber berita yang saya telah baca sebentar tadi. Diharapkan rakan - rakan semua tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena gerhana bulan yang jarang berlaku. Jangan lupa juga untuk membuat Solat Sunat Gerhana. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam.Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas.  Ini sebahagian berita yang saya lampirkan di bawah:


Kenyataan itu menyebut bahawa melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam.
Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.
Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.
"Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar," jelas kenyataan itu lagi.
Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
"Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi," jelas kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.


Post Yang Berkaitan:



Jumaat, 9 Disember 2011

Pra-tayang Proton VIP Makeover 2

Sebentar tadi saya sempat melayari facebook Proton Holding Berhad. Terasa begitu teruja apabila melihat pra-tayang terkini proses overhaul / repair kereta Proton Wira tahun 1994 milik seorang jurutera India, Sashideran Radha Krishnan. Beliau adalah salah seorang pemenang peraduan Proton VIP Makeover 2 yang menawarkan hadiah berupa menaiktaraf dan modifikasi kenderaan secara percuma. Agaknya bagaimanakah rupa kereta beliau selepas dinaiktaraf sepenuhnya oleh division R3 proton.

Pada hari penyerahan kereta kepada R3


 

Sudah dispray warna baru biru. Mungkin hasil terakhir akan nampak lebih kemas dan berkilat. 

overhaul enjin. 

Dashboard baru sedang tunggu untuk dipasang. Warna matte grey rasanya.

Post yang berkaitan:


Rabu, 7 Disember 2011

Lagu Putus Cinta Yang Paling Sedih

Di sini bagi sesiapa yang tengah putus cinta bolehlah mendengar lagu ini. :P
Olga - Hancur Hatiku



Lirik Lagu Olga - Hancur Hatiku (Hantu)

Ahad, 20 November 2011

Jalan - jalan Lebuhraya Utara Selatan menaiki motosikal

Disini saya ingin letakkan gambar pengembaraan menaiki motosikal dari segamat ke perlis pada cuti raya haji yang lepas. harap x bosan lah..hihi

Di Felda Hutan Percha, Melaka




Di Ipoh



Di Bukit Merah


Di Perlis





Rabu, 28 September 2011

Permulaan Baru

Kiriman pertama

Kiriman kedua

Kiriman seterusnya 

Di alam maya

Diharapkan saya boleh terus menulis

Walaupun hanya syok sendiri

Ditujukan kepada sesiapa yang melayari blog saya

Terima kasih