Isnin, 26 Disember 2011

Jenis bentuk badan kereta @ Body Style

Tentu anda selalu tengok kereta di jalanraya bukan? Kebanyakan didominasi oleh kereta keluaran nasional seperti Proton dan Perodua. Terdapat juga kereta import yang berjenama Honda, Toyota, Nissan dan banyak lagi untuk disenaraikan. Ada pelbagai jenis dan kegunaan yang selalu menjadi pilihan untuk kegunaan rakyat kita seperti kereta sedan, kompak dan juga MPV. Kalau di Sarawak dan Sabah kenderaan 4x4 menjadi pilihan utama penduduk di sana atas faktor geografi. Di sini saya menyenaraikan jenis-jenis bentuk badan@body style sesebuah kenderaan mengikut kegunaan sesuatu kenderaan. Tidak semua terdapat di Malaysia malahan ada yang saya sendiri tidak pernah jumpa. Antaranya ialah:

4x4 atau 4WD (four-by-four atau four-wheel-drive)
Kenderaan dengan drivetrain yang membolehkan kesemua empat tayar menerima kuasa daripada enjin secara serentak. Jika di Amerika disebut juga sebagai kenderaan ultiliti sukan (SUV). Sesuai digunakan untuk masuk hutan atau padang pasir.


Buggy

Buggy popular di malaysia sebagai kenderaan di padang golf. Ada juga yang pernah naik ke bulan (Lunar Buggy)..yang ini sampai bila2 pun tidak berkarat..hehe
Lunar Buggy

Convertible


Kereta dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup yang boleh disimpan di bonet. Bumbung diperbuat daripada PVC. Kalau untuk bawak rilek2 atau santai sambil angin memang sesuai. 

Coupe
Proton Putra

Kereta sedan yang dipendekkan yang hanya mempunyai 2 pintu. Kombinasi 2 atau 4 tempat duduk. Kebanyakan kereta sport sekarang mempunyai body syle jenis coupe

HatchBack
Mitsubishi Lancer Sportback

Dikenali kerana mempunyai boot yang pendek. Terdapat dalam versi 3 atau 5 pintu. Ia popular dalam perlumbaan kerana rekabentuk boot yang mengurangkan angin pusar.

Limousine
Proton Waja Chancellor

Ia merupakan kereta sedan mewah yang dipanjangkan jarak antara roda depan dan belakang. Kebiasaannya ia digunakan oleh eksekutif dan dan pegawai kerajaan. Ruang dalaman yang besar sesuai hendak buat meeting atau beristirehat semasa dalam perjalanan.

Sedan
Proton Waja Sedan

Merupakan kenderaan yang sesuai untuk kegunaan keluarga. Mempunyai ruang dalaman yang selesa dan boot yang luas. 

MPV
Chery Eastar MPV

MPV adalah singkatan Multi Purpose Vehicle. Ia merupakan kereta yang mempunyai banyak tempat duduk. Boleh memuatkan 6-12 penumpang pada satu2 masa.Ia direka untuk kegunaan keluarga dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana mempunyai ruang dan tempat duduk yang selesa. Kebanyakan MPV harini dilengkapi dengan LCD screen dan DVD Player untuk hiburan semasa di dalam perjalanan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan