Ahad, 11 Disember 2011

Gambar terkini Proton Exora Turbo cfe



Menjelang pelancaran MPV Proton Exora versi turbo terbaru tidak lama lagi, beberapa keping foto telah didedahkan di beberapa laman blog automotif dan Facebook. Dua jenis varian dijangka akan dilancarkan iaitu Exora Bold dan versi mewah Exora Prime. Kedua-dua varian bakal dilengkapi dengan enjin turbo rekaan terbaru Proton iaitu 1.6 Liter Campro CFE(Charged Fuel Enhancement) dan dipasang dengan Transmisi gear CVT (Continuously Variable Transmision) atau transmisi manual. Tetapi tidak pasti kesemua varian akan dilengkapi dengan enjin turbo. Kita  sama-sama tunggu soft launch yang dijangka pada 16 Disember ini. Pelancaran rasmi mungkin pada Januari tahun depan.




Enjin turbo proton terbaru, Campro CFE, 138hp@205Nm torque diantara 2000rpm ke 4000rpm. Tork yang begitu kuat pada low rpm, cukup untuk memberikan daya kepada kenderaan untuk memotong. Selepas ini tidak timbul soal enjin Exora underpower.




Kemasan kayu pada dashboard dan mempunyai DVD player dan sistem navigasi GPS (touch screen). Mungkin ini adalah model dalaman prototaip sahaja. Steering wheel dan gear knob masih menggunakan versi Exora lama. Kemasan akhir nanti nampak lebih cantik dan mewah.


Kerusi dengan rekaan kemasan kulit terbaru. Untuk versi Exora Bold kombinasi susunan kerusi adalah 2-3-2 manakala versi Exora Prime dijangka berkombinasi susunan kerusi 2-2-2. 



Rekaan terbaru front grill dan bumper yang berbeza daripada Exora MC1. 




 Unit pandu uji. Tertulis ''CFE INSIDE". Jika dilihat dari bahagian sisi, jelas kelihatan lampu belakang jenis ''smoke''

Post yang berkaitan:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan